ke kiri ku buntu..
ke hutan ku hilang…
ke timur ku kosong…
aku terus bosan dan tertekan…
seperti waktu yang terus saja meninggalkan…
aku..jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah diterokai…
warna ku rindu…
jiwa ku biru…
menunggu cintaku umpama si buta..yang melihat syurga..
umpama lampu, yang mempunyai hitam..
lalu menunggu aku terus..
kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari dibebankan…
dengan bunyi ringisan hujan..
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap…seperti itu jugalah rindu ak pada…
kini harus aku terus menunggu…
atau hilang saja aku dilautan luas..
aku seperti gabus yang tiada arah…
hanya mengikut kata gelombang…
dan terus aku hanyut dalam kelam malam…
tanpa sinar tanpa cahaya…
mimpi tetap mimpi..
yang pergi tetap pergi…
yang benci dibuang…
kenangan jua ku simpan…
segala rintihan hati biar jantung menjadi saksi…
lupakan segala kenangan agar menjadi satu tangisan…
semakin jauh diri ini…
semakin tenang jiwa bakal kosong tanpa….
adew apew dgn SaJaK @};– SnAiLs N ThE ReD BuLLet*
•May 5, 2009 • Leave a CommentNext time you feel like complaining about your life…..
•April 12, 2009 • Leave a Comment





ishishishhhhh…cubela korg tgk perbezaan antara manusia pd zman nie, kt idup serba mewah..makan ,tdo, main, blaja, sume sng..tp bg insan yg xknl sume 2..???? cmne ekk..???cmne dorg leh idup, pakaian pew sume ala kadar jew, tutup tempat yg penting2 jew…kite lak lain kn..???klo pakaian 2 nk memahal, branded la katakan…klo dimenung, mmg pakaian memahal kain nyew berkualiti, tahan laaaaa…tp yg xbrape sanggup kite tgk pakaian yg separuh siap…cmner 2..??adew gak segelintir kite zaman nie yg pakai…itu sbgai exp nyew laa.; moden la katekn, fikir2 laa mane yg patut…sume org adew care die sendri…da bleh pikir sndri kn…komplain skit2 jew taw,
bowsan nyew…
•March 30, 2009 • Leave a Commentermmm…pewla ak nk taip nie, otak ak da bekarat laaaa…nk berjiwang karat pon da lame xgune o test kepoweran sendiri , hehe almaklumlaa hidup membujang lebih baik dr berduaa. tuw pon sbb da lame xberduet.penat, letih, xlarat, sume 2 lebih kuang same je…kjew byak tp malas nk buat. ari2 ak lepak lam blik nie, ngadap laptop,dgr lagu, test vokal, bowsan sgt ak p melepak kt cafe kolej…last skali blik2 tido…2 jew ak taw. nk njoy2 pon da tua..haha sapew2 de ob bru bgtaw la ak…
Lagu lagi….Skew, Minat, dluw xskew Tp Skang Bermaknaa
•March 14, 2009 • 1 Comment
LIRIK lagu…
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya bonekan yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
”KAMPUNG KITA”
•March 11, 2009 • Leave a CommentColourful Hibiscus
•February 24, 2009 • Leave a Comment
bunga…bunga`…orkid laaa…bunga raya laaa, ur national flower hehe
Korban Mat Rempit….
•February 4, 2009 • Leave a Comment






nie antara pic2 yg ak adew laaa untuk anda2 yang lua sana yg skew sgt merempit…bawa2 la amek iktibar dr pew yg anda tgk skng…ngeri sgt….nauzubillah
KiSaH MaT ReMpIt…intro..
•February 4, 2009 • 2 CommentsMAT REMPIT merupakan istilah baru yang muncul dalam diari kehidupan anak-anak muda sejak akhir-akhir ini. Tiada siapa tahu dari mana asalnya perkataan Mat Rempit tapi umum sering merujuk kepada gelagat atau perilaku anak muda yang terlibat dalam kegiatan lumba motosikal haram.
Selain itu, Mat Rempit juga sering dikaitkan dengan masalah moral yang lain seperti penagihan dadah, seks bebas, pengambilan alkohol, jenayah ragut dan sebagainya.
Kewujudan raja lumba ini pula sentiasa mengundang kebencian pengguna jalan raya lain kerana gelagat berbahaya mereka telah mengundang kepada peningkatan kemalangan maut sejak akhir-akhir.
Namun bagi Angah (bukan nama sebenar), Mat Rempit merupakan manifestasi atau suara anak muda yang ‘menjerit’ meminta agar jiwa dan rintihan mereka didengar oleh masyarakat serta pihak berkuasa.
Kata Angah, Mat Rempit tercipta hasil daripada luahan rasa anak muda yang merasakan diri mereka semakin dipinggirkan dan dibiarkan tenggelam dalam arus modenisasi.
“Cuba abang bayangkan, apa lagi kami hendak buat, rumah padat macam ikan sardin, lepak tepi jalan dituduh mat gian, main gitar kat dewan dihalau ketua kampung, pergi disko kena serbu, jadi inilah yang ‘termampu’, kata Angah (bukan nama sebenar).
Katanya, semua pihak harus mencari punca utama wujudnya Mat Rempit dan bukannya terus-terusan mencari salah dan menjadikan mereka kambing hitam dalam masyarakat.
“Kami masih muda, masih cergas dan mempunyai kemampuan tetapi tiada siapa datang untuk membawa kami ke arah yang sepatutnya, yang mereka tahu kutuk dan terus menyimpan prasangka yang bukan-bukan.
“Jadi alang-alang orang dah anggap kami jahat, biar kami jadi ‘jahat’ betul, puas hati bukan?” katanya.
Bagi rakannya Fitri (bukan nama sebenar), berlumba di jalan raya adalah hobi paling murah dan tidak memerlukan wang yang banyak.
Katanya, dengan hanya berbekalkan RM3, dia sudah dapat mengisi minyak dan seterusnya memecut motosikalnya ke mana saja dia suka.
Adakalanya, kata Fitri, bukan saja kepuasan yang dia capai tetapi juga ganjaran berbentuk wang tunai hasil daripada wang pertaruhan yang terkumpul.
“Hajat hati saya hendak masuk perlumbaan yang sebenar dan sah tetapi mana nak korek duit, hendak bayar lesen lumbalah, kena beli baju dan seluar khas dan macam-macam lagi.
“Jadi pilihan yang ada hanyalah berlumba secara haram, kalau ada polis pandai-pandailah ‘cabut’,” katanya.
Bagi Halim (bukan nama sebenar), kegiatan Mat Rempit hanyalah bersifat sementara dan akan berhenti dengan sendirinya bila umur semakin meningkat.
Ujarnya, hampir 90 peratus Mat Rempit tidak akan ‘merempit’ lagi bila sudah berkahwin, dapat pekerjaan tetap atau usia semakin bertambah.
“Cuba tanya orang yang hentam kami sekarang, dulu ketika mereka muda apa aktiviti yang mereka buat, silap-silap lebih teruk daripada kami.
“Ini proses biasa bang… dulu pun ada budaya tak elok seperti ‘hippies’, bohsia, anak ABU dan macam-macam istilah lagi.
“Sekarang ini Mat Rempit pula. Bagi saya kalau pihak berkuasa ‘gentlemen’, buka litar lumba biar kami semua merempit ramai-ramai. Ini tidak, Litar Batu Tiga Shah Alam ditutup sebab nak beri laluan pembinaan rumah mewah, habis kami ni hendak berlumba kat mana, tepi sawah?” katanya.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Hamza Taib berkata, faktor so*sensored* termasuk keluarga bermasalah dan besar, pengaruh rakan sebaya dan remaja yang ingin menarik perhatian ramai telah menyumbang kepada masalah ini.
Mohd. Hamza berkata, polis trafik kini telah melaksanakan empat langkah untuk mengurangkan aktiviti lumba haram dan kemalangan di sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, empat langkah itu adalah penguatkuasaan, pendidikan, kejuruteraan dan rawatan awal ketika kecemasan.
Dalam pada itu, Mohd. Hamza turut mencadangkan beberapa idea termasuk meminda peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya penonton aktiviti Mat Rempit turut didakwa.
Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu membina laluan motosikal yang berasingan terutama di sekitar pusat bandar. Bagaimanapun, setakat ini laluan itu hanya disediakan di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan di Kuala Lumpur.
Percaya atau tidak, pengusaha bengkel motosikal sebenarnya yang banyak menjadi dalang atau tulang belakang yang menganjurkan pertandingan lumba haram di kalangan Mat Rempit.
Adakalanya ia melibatkan pertaruhan wang sehingga mencecah RM10,000.
Mereka berbuat demikian sebagai langkah untuk mempromosikan kepakaran dan kehebatan bengkel atau mekanik mereka di kalangan golongan tersebut.
Pengusaha bengkel terlibat juga akan ‘mempromosikan’ sesuatu perlumbaan yang mereka anjurkan bagi tujuan mencari bengkel-bengkel lain yang berminat untuk menyertainya.
Malah mereka juga akan menggunakan Tonto untuk memantau pergerakan pihak berkuasa termasuk polis agar perlumbaan itu dapat dijalankan dengan lancar.
Seorang pengusaha bengkel, Boboi (bukan nama sebenar) mengakui persaingan hebat di antara sesama pengusaha bengkel sangat hebat hingga memaksa mereka bersaing dengan cara yang lebih ‘kotor’.
“Apabila pelumba yang menang, sudah tentu dia akan mempromosikan bengkel saya di kalangan rakan-rakannya, ini akan membuatkan bengkel saya bertambah meriah dengan kehadiran Mat Rempit yang mahukan ‘air tangan’ kami untuk meningkatkan prestasi motosikal masing-masing.
“Soal duit tidak menjadi masalah malah saya pernah bertaruh RM10,000 dengan sebuah bengkel lain,” katanya.
Seorang lagi pengusaha, Apat (bukan nama) sebenar berkata, apabila mendapat tawaran daripada bengkel lain yang ingin mempertaruhkan pelumba mereka, dia akan segera mencari pelumba dan membaik pulih motosikal pelumbanya sebaik mungkin.
Menurutnya, apabila pelumba mereka memenangi perlumbaan itu, hadiah akan dibahagi dua.
“Kita hanya mahu mempromosi kehebatan dan kepakaran yang dimiliki supaya Mat Rempit yang mendapat ‘sentuhan’ kami megah dengan motosikal yang mereka miliki,” ujarnya bangga.
Selain daripada wang ringgit, terdapat juga pertaruhan yang melibatkan gadis-gadis muda.
Farah (bukan nama sebenar) kelihatan ayu dan bersopan santun pada mata kedua-dua orang ibu bapanya namun tak siapa tahu di sebalik semua itu, dia sebenarnya sudah menjadi ‘hidangan’ Mat Rempit sejak berusia 16 tahun lagi.
Popular
Berusia 20 tahun, Farah kini bekerja di sebuah pusat membeli-belah terkenal yang sering menjadi ‘pot’ atau persinggahan popular di kalangan Mat Rempit di ibu kota.
Dalam tempoh empat tahun menjadi ‘awek rempit’, tubuh kecilnya sudah berpuluh kali diratah Mat Rempit.
Walaupun mengakui tidak lagi ‘berselera’ dengan hubungan seks akibat terlalu kerap melakukannya, namun dia pasrah jika ‘khidmatnya’ diperlukan asalkan ada Mat Rempit yang sanggup membonceng dan membawanya makan angin dengan motosikal mereka.
“Secara jujur, saya sangat suka bergaul dengan Mat Rempit kerana mereka tidak pernah hipokrit dengan diri mereka sendiri, kalau mereka hendak minum bir, mereka minum, kalau mereka hendak ambil ganja, mereka hisap, begitu juga jika mereka mahu ‘pakai’ saya, mereka akan terus terang.
“Bukan saya tak pernah berkawan dengan lelaki lain tapi semuanya ‘poyo’ dan macam bagus, tengok gaya mengalahkan eksekutif dengan bertali leher dan berkereta, rupa-rupanya semua kaki ‘kencing’.
“Mula-mula kenal bukan main alim, beri nasihat dan hendak bagi motivasi kat kita konon, lepas itu mula ajak tidur sekali, saya naik rimas dengan orang macam ini, sebab itu lebih baik kawan dengan Mat Rempit, kami semua dah macam satu kepala,” katanya.
Sementara itu Noni (bukan nama sebenar) mengakui seks tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan Mat Rempit malah dirinya sendiri nyaris-nyaris ‘dikendurikan’ beramai-ramai oleh geng Mat Rempit.
“Namun maaflah, kami bukan gila seks, kami ni hendak ‘enjoy’ naik motosikal saja, selalunya kami akan menolak secara baik kalau mereka minta yang bukan-bukan. Kami tak sanggup bila memikirkannya,” katanya sambil ketawa manja.
Bagi Jaja (bukan nama sebenar) pula, dia pernah hendak dijadikan ‘hadiah’ dalam satu pertandingan lumba haram yang disertai oleh lebih 40 orang Mat Rempit.
“Cuma satulah, jangan ingat semua awek yang ikut Mat Rempit ni dah rosak. Ini semua terpulang dalam hati, kalau fikir nak ‘buat’, tak payah tunggu Mat Rempit, mat-mat yang lain pun bersepah dekat Kuala Lumpur ni,” katanya sambil menghembus asap rokok keluar dari mulutnya yang tidak bergincu itu.
Tiada yang lebih memilukan selain daripada melihat wajah pesakit yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya, kata Pakar Ortopedik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohamad Zaki Mohd. Amin.
Katanya, kebanyakan daripada mereka masih di bangku sekolah tetapi terpaksa melupakan sepenuhnya keindahan serta kemanisan hidup seperti yang rakan-rakan mereka nikmati ketika ini.
“Sedih saya melihat mereka terbaring lesu dan tidak bermaya malah hendak buang air besar pun mereka tak mampu sehinggakan kita terpaksa memasukkan ubat bagi membolehkan najis keluar dari dubur mereka.
“Namun ada satu perkara yang membuat saya kagum, jarang sekali saya lihat pesakit-pesakit saya ini menitiskan air mata. Seolah-olah mereka pasrah dan menerima dengan reda ketentuan Tuhan ke atas nasib yang menimpa diri mereka,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai masalah lumpuh akibat kemalangan jalan raya, Dr. Mohamad Zaki memberitahu, ia boleh terjadi apabila berlaku kecederaan yang serius di bahagian saraf tunjang seorang pesakit.
Katanya, saraf tunjang merupakan tisu yang berfungsi untuk menggerakkan otot, justeru sebarang kecederaan boleh mengakibatkan individu ter*sensored*t kehilangan fungsi tubuh seperti pergerakan.
Ujarnya, masalah yang dihadapi oleh individu ter*sensored*t bergantung kepada jenis kecederaan yang dialami sama ada paraplegia atau quadriplegia.
Tambahnya, ini termasuklah kehilangan fungsi kawalan membuang air besar dan air kecil, kesukaran untuk bergerak sama ada di rumah atau di tempat kerja.
Sekiranya kecederaan melibatkan saraf pada leher pula, katanya, individu ter*sensored*t biasanya akan mengalami kesukaran pernafasan.
“Masalah lain yang kerap dihadapi ialah masalah kudis pada kulit terutama pada bahagian punggung. Ini kerana kudis pada kulit ini agak sukar dirawat.
“Jika saraf tunjang yang cedera, tiada rawatan dapat dilakukan untuk memulihkan keadaan tersebut.
“Bagaimanapun, sekiranya sebarang kepatahan pada tulang belakang, rawatan memulihkan tulang menyelaputi saraf tersebut boleh dirawat dengan memasukkan besi,” katanya.
Tambah Dr. Mohamad Zaki, fungsi otak pesakit yang mengalami kecederaan tulang belakang masih baik dan boleh berkomunikasi seperti individu normal lain.
Namun, katanya, mereka akan kehilangan fungsi tubuh seperti lumpuh separuh atau lumpuh sepenuhnya.
Sehubungan itu, ujarnya, pesakit perlu menjalani rawatan pemulihan supaya mereka dapat belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
“Pada peringkat permulaan, mereka biasanya memerlukan bantuan orang lain seperti membersihkan diri daripada segala kotoran atau membuat sebarang pergerakan.
“Apa yang penting, keazaman pesakit sendiri untuk meneruskan kehidupan di samping sokongan padu daripada keluarga amat diperlukan kerana kesukaran ini perlu ditempuh sehingga ke akhir hayat mereka,” ujarnya.
UTUSAN MALAYSIA – Aug 10,2006
Aksi Mat Rempit…
•February 4, 2009 • 1 Comment
nie pon same laaaa…

nie aksi menarik yg xleh ditiru oleh anda sume sbb korg xdew insurans nyawa…hehe dlu ak pena tgk atok blah membe ak punya jiran adik mak die punya menantu buat cmnie tp ngan gerek tua di laaaa..











Recent Comments